5 Tips Untuk TEGUR Suami Yang Panas Baran. No #2 Tu Ramai Isteri TERLUPA !!!

| May 9, 2017 | 0 Comments

5 Tips Untuk TEGUR Suami Yang Panas Baran. No #2 Tu Ramai Isteri TERLUPA !!! | Saya kesian sebenarnya bila baca kes isteri ditampar dan diterajang suami sendiri ni. Ada jugak kes isteri dicederakan sampai patah sana sini. Lebih teruk lagi ada yang sampai meninggal dunia dicekik suami sendiri.


Sekadar Gambar Hiasan.

Biasanya mangsa dicederakan oleh suami yang jenis panas baran dan tak pandai nak kawal emosi. Suami panas baran ni kena pakai teknik khusus untuk ditegur. Saya nak ajar sikit kepada para isteri di luar sana teknik nak tegur suami yang panas baran.

1. Bila suami balik selepas seharian bekerja, jangan terus bebel dan luah masalah kat dia. Biarkan dulu dia dia baca suratkhabar dan duduk dengan tenang. Luah masalah kita bila kita nampak suami dah mula tenang dan pernafasan dia dah mula teratur. Mulakan dengan senyuman dan pilih perkataan yang baik-baik je supaya sedap didengar suami.

2. Biasanya suami akan cepat melatah bila perut dia lapar. Sebelum nak mintak apa-apa jamu dulu perut dia dengan masakan kegemaran dia. Cuba la mintak apa-apa pun masa perut suami dah kenyang. Camtu juga bila nak tegur sesuatu. Pastikan perut dia kenyang dulu.InsyaAllah cepat je dia terima.

3. Kalau nak mintak suami buat apa-apa contohnya nak mintak suami tolong sidai kain atau bantu sapu rumah ke jangan suruh secara ‘direct’. Suami yang ada ego yang tinggi sangat pantang disuruh. Cuba guna teknik mintak simpati camni. ” Abang, saya rasa tak sedap badan la. Kain banyak lagi tak bersidai ni. Saya dah cuba sidai bang tapi macam tak larat je kalau saya buat sorang-sorang”. Nampak kan? Ni la teknik rahsia untuk suruh suami buat sesuatu.

4. Ada suami yang tahap panas barannya sangat dasyat, isterinya tak boleh bersuara langsung. Tekniknya adalah tegur suami masa dia dalam keadaan mamai. Waktu yang terbaik adalah masa suami tu dah pejam mata dan tengah berada dalam keadaan separuh jaga. Walaupun suami nampak macam dah tidur tapi minda separa sedar ( subconscious mind ) dia masih tetap aktif. Masa ni la kita boleh nasihat dan mintak belas ihsan dia. Teknik ni pun boleh dipakai untuk nasihat anak kita yang nakal dan degil.

5. Sebenarnya teknik yang paling ampuh adalah berdoa. Kita kena ingat yang boleh membolak balikkan hati manusia sebenarnya adalah Pemilik hati tu sendiri. Kuasa doa seorang isteri tak boleh dipandang remeh apatah lagi doa seorang isteri yang teraniaya. Dalam sujud tu doa sungguh-sungguh pada Tuhan. Kalau boleh biar sampai keluar air mata pengharapan tu. InsyaAllah mudah makbul.

Apa pun sebenarnya hidup berumahtangga ni adalah ujian keimanan je. Ada orang diuji dengan anak-anak. Ada yang diuji dengan harta benda. Ada juga yang diuji dengan suami sendiri. Pesan Aa Gym, seorang pendakwah terkenal Indonesia, ” Allah bagi kita masalah sebenarnya bukan untuk kita selesaikan, tapi Dia bagi kita masalah untuk kita dekatkan diri pada Dia “. – DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Kalau memang dah tak tahan sangat dan perlukan perlindungan daripada kes keganasan rumahtangga, boleh terus hubungi Talian Kasih 15999 atau terus rujuk ke hospital yang berdekatan sekiranya dicederakan. Boleh juga buat report ke Balai Polis dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang terdekat. Sebarkan info ni ye sebab mungkin ada yang sangat memerlukan info ni untuk selamatkan rumahtangganya.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: RUMAH TANGGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *