Air Teh Tertumpah Kat Tangan Isteri. Apa Jd Seterusnya Buat Ramai MENGGIGIL !!!

| May 15, 2017 | 0 Comments

Air Teh Tertumpah Kat Tangan Isteri. Apa Jd Seterusnya Buat Ramai MENGGIGIL !!! | Saya ingat lagi masa isteri saya kena air panas dulu. Masa tu dia nak buat air teh untuk saya tiba-tiba entah camne airnya tertumpah kat atas tangan dia.


Sekadar Gambar Hiasan.

Cepat-cepat saya capai tangan dia dan saya bawa dia ke sinki. Mungkin sebab kesakitan melampau, dia sendiri pun dah lupa pertolongan kecemasan ( first aid ) untuk kes melecur ni. Saya alirkan air paip tu kat tangan dia dalam 10 – 15 minit dan syukur tangannya tak berparut pun.

Tu la kelebihan kalau ada ilmu pertolongan kecemasan untuk kes melecur. Jangan sibuk nak call ambulans dulu kalau anak kita tersimbah air panas. Pertolongan pertama yang boleh korang buat adalah alirkan air ke tempat yang melecur tu dalam 10 – 15 minit. Tujuannya supaya haba daripada air panas tu cepat sejuk dan tak merosakkan lebih banyak tisu kulit.

Isteri saya banyak sangat dapat kes melecur kat bahagian kecemasan dan kebanyakannya adalah kanak-kanak. Menyedihkan lagi kebanyakannya melecur kat bahagian muka dan juga seluruh badan pulak tu. Kadangkala tu dalam sehari sampai dua tiga kes budak melecur yang dia handle. Pertolongan kecemasan ni sangat penting tau untuk anak-anak yang tersimbah air panas sebab ia boleh menentukan masa depan diorang. Bayangkan anak-anak kecil kita membesar dengan parut. Bukan sekadar kecederaan fizikal yang diorang kena tanggung tapi kecederaan emosi pun diorang akan bawa sampai la ke tua.

Jadi, benda pertama yang kita kena ingat kalau lah ditakdirkan anak kita tersimbah air panas adalah :

+ Alirkan air ke tempat melecur tadi dalam 10-15 minit ataupun sampai sakitnya berkurangan.

+ Tanggalkan perhiasan atau aksesori yang ketat daripada bahagian yang melecur tadi. Sebab bahagian yang melecur tu boleh membengkak. Contohnya cincin di jari ataupun gelang di tangan.

+ Jangan tanggalkan pakaian yang melekat dengan kulit yang melecur tu di rumah ye.

+ Bawa ke hospital jika perlu. Contohnya jika luka melecurnya makin sakit ataupun ada tanda-tanda jangkitan kuman pada luka tersebut.

Ni untuk kes melecur yang ringan la ye. Kalau kes melecur yang teruk lain pula ilmu nye.Ingat tu, pertolongan kecemasan ni boleh mengelakkan luka lecur level 1st degree naik kepada 2nd degree tau. Ataupun yang 2nd degree kepada 3rd degree. Every second counts! – DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Tolong ingatkan keluarga dan kenalan yang lain juga ye sebab malang ni tak berbau. Kes melecur ni boleh jadi pada siapa-siapa je.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *