“Awak, Boleh Tak Send Gambar Awak”. Jawapan Tunang Dia Amat MENGEJUTKAN. Sgt WIN !!!

| May 23, 2017 | 0 Comments

“Awak, Boleh Tak Send Gambar Awak”. Jawapan Tunang Dia Amat MENGEJUTKAN. Sgt WIN !!! | Semalam dalam perjalanan nak hantar 500 pek Kerepek Naga ke Puchong saya sempat la tanya partner saya ni tentang hubungan dia dan isterinya.


Sekadar Gambar Hiasan.

Partner saya ni jenis budak baik. Jenis tak bercinta dengan mana-mana perempuan sebelum ni. Sebelum kahwin pun dia cuma jumpa isteri dia masa isteri dia duk hidangkan air je. Tu pun di depan mak ayah isteri dia je!

Lepas bertunang dia pernah la jugak test isteri dia tu. Dia Whatsapp isteri dia dan cuba mintak gambar tapi isteri dia tak bagi. ” Mana boleh bagi gambar. Lepas dah kahwin baru saya bagi gambar “.

Tercengang saya dengar betapa mereka menjaga hubungan mereka sampai la diijabkabul. Saya dah agak hubungan camni mesti berkat kan jadi saya tanya je la camne kehidupan diorang lepas dah setahun berkahwin ni.

Dia cerita tiap-tiap malam sebelum tidur mereka akan saling bagi tazkirah sesama mereka. Mula-mula dia yang bagi tazkirah tentang kebesaran Allah, tentang kehebatan Asmaul Husna dan kecintaan pada agama. 5 minit lepas tu isteri dia pulak yang bagi tazkirah kat suaminya tu. Mula-mula susah jugak nak istiqamah tetapi sekarang katanya dah boleh istiqamah dengan rutin tazkirah sesama mereka setiap malam sebelum tidur.

Masa mula-mula kahwin dulu dia ada pesan kat isteri dia sesuatu yang membuatkan isterinya sangat terkejut. ” Sayang, abang ni kena jadi cinta nombor 4 di hati sayang! Boleh? ” Isterinya dah gelisah. ” Kenapa bang?”, tanya isteri dia.

” Nombor 1 sayang kena letak cinta tu pada Allah ”
” Nombor 2 sayang kena letak cinta tu pada Nabi Muhammad ”
” Nombor 3 sayang kena letak cinta tu pada agama ”
” Nombor 4 lah baru cinta sayang tu hanya pada abang “

Saya yang dengar cerita romantik dia pun jadi hiba dan sayu. Mata dah bergenang tapi tahankan je la. Saya tak sangka masih ada pasangan yang seromantik ini. Cinta macam ni la bagi saya cinta yang boleh bawak masuk ke syurga.

Cinta macam ni bagi saya dah hampir pupus dah. Semua berebut nak bercinta dan bahagia di dunia tapi mereka berdua ni asyik dalam cinta mereka kerana cintakan agamaNya. InsyaAllah sahabat, saya akan cuba mencontohimu! – DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Cuba la kongsi cerita ni kat pasangan masing-masing. Mana tahu ada rezeki pasangan kita pun nak buat rutin yang sama macam pasangan yang sangat romantik ni kan.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: RUMAH TANGGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *