Bila Anak Sepahkan Mainan. Sebelum MARAH. Fahami PERKARA Ni Dulu. Hasilnya Sgt WOW !!!

| May 8, 2017 | 0 Comments

Bila Anak Sepahkan Mainan. Sebelum MARAH. Fahami PERKARA Ni Dulu. Hasilnya Sgt WOW !!! | Hari ni saya nak beremosi sat. Sebab saya selalu nampak ibu bapa senang je nak marah anak. Kadang-kadang kita marah anak dengan cara yang keterlaluan sebenarnya ! Cuba fikir balik-baik dan hayati situasi di bawah ini :


Sekadar Gambar Hiasan. Siapa tak marah kan kalau tengok anak sepahkan bilik macam ni kan. Hehe.

Bila Anak Sepahkan Dapur : Kadangkala tu sebab si comel kita tu nak tolong kita sebenarnya. Boleh jadi jugak si comel tu cuba tiru perbuatan kita di dapur hanya kerana dia mengidolakan kita. Bayangkan remuknya hati anak-anak bila ditengking dan dicubit hanya kerana dia cuba menolong dan meniru orang yang dia sayangi. Cuma si comel tu masih cetek fungsi motorik dan kognitifnya padahal niatnya suci.

Bila Anak Sepahkan Mainan : Mungkin dia cuba sedaya upaya taknak ganggu kita yang sedang kepenatan. Walaupun masih kecil anak-anak boleh baca mimik muka kita yang kepenatan. Tu la kenapa dia main mainan dia sorang-sorang cuma tanpa sengaja dia sepahkan. Tu je sebenarnya.

Bila Anak Menangis Kelaparan : Dia sebenarnya nak bagitahu perutnya pedih kerana kelaparan tapi kerana dia masih tak pandai nak sampaikan hasrat hati melalui susunan kata-kata maka dia terpaksa menangis untuk memberitahu kita. Daripada dia hanya berdiam diri dalam kebuluran dan akhirnya pergi untuk selama-lamanya hanya kerana kita tak mampu membaca isi hatinya.

Ini la kenapa kalau nak marah anak tu kena berpada-pada. Kumpul la sebanyak manapun orang dewasa yang suci yang hidup kat dunia ni nescaya tak boleh menyamai kesucian hati seorang anak kecil pun. Ya, anak kecil tu la anak kita semua!

P/s : Tolong sampaikan pesan saya Dr Taufiq Razif ni pada seluruh ibubapa kat dunia ye. Sebelum nak marah anak tu cuba pandang dulu matanya. Mesti korang akan rasa hiba yang dalam bila korang tahu niat di sebalik perbuatannya.DR TAUFIQ RAZIF

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: PENDIDIKAN ANAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *