Budak Baru Lepas SPM Je Tapi Hasil Design Macam Designer Luar Negara !!!

| May 22, 2017 | 0 Comments

Budak Baru Lepas SPM Je Tapi Hasil Design Macam Designer Luar Negara !!! | Saya jumpa budak nama Muhaimin ni secara tak sengaja sebenarnya. Masa tu tengah fikir siapa la yang boleh siapkan design Photocover Facebook saya dengan sangat cepat.

Tiba-tiba saya ternampak budak ni post hasil kerja dia kat group Facebook Grafik Malaya. Saya jadi kagum tapi pada masa yang sama saya macam was-was jugak la sebab hasil kerja dia ni hanya orang yang dah lama dalam bidang design je yang boleh buat.

Saya pun gi whatsapp dia 013-6433246  dan cuba test dia!

Saya cakap saya taknak bayar dia. Saya cuma cakap kalau dia mampu siapkan design yang saya nak tu dalam masa kurang semingu saya akan lantik dia jadi designer tetap saya dan karya dia akan dilihat oleh berbelas ribu followers saya. Saya tak harap pun budak ni terima tawaran saya tu tapi entah camne tiba-tiba dia kata dia sanggup!

Hanya beberapa hari kemudian.

” Doktor, ni 3 jenis design saya dah siapkan untuk doktor. “

Terbeliak saya tengok hasil mutu kerja dia nih. Aishh! ” Ni dah level pro dah dik. Berapa muhaimin amik kalau pelanggan nak tempah design? “

” RM 20 je “

Saya tepuk dahi. ” Adik, design camni kalau kat luar sana RM300-RM500 la adikk oiii. Lain kali bagi je RM200 okey adik kalau adik nak bagi murah sangat. Okey? “

” Okey Doktor. Saya sebenarnya ada cita-cita “

” Apa cita-cita Muhaimin? Boleh share dengan saya tak? “

” Saya nak design saya ni dilihat dan dinikmati oleh seluruh manusia kat dunia ni. Saya nak jadi designer level International! “.

Seram sejuk saya dengar cita-cita dia. Bukan seram yang biasa tapi seram kekaguman. Saya tak rasa ramai budak Melayu kita yang berfikir sampai ke tahap budak ni. Semuanya takut nak fikir level dunia padahal bakat ni tak mengenal batas. Cuba tengok Boboiboy tu. Dah sampai Indonesia, Brunei, Thailand dan sekarang tengah menakluki pawagam kat Korea sana! – DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Biar abang doktor bantu adik FB Muhaimin Miyn (LINK) capai cita-cita tu dengan lebih cepat. Mohon viralkan ye. Kita sama-sama bantu dia capai impian dia. Semoga cita-cita budak ni menjadi inspirasi anak muda kat luar sana. ** nah no dia +013 643 3246. Mana tahu korang nak tempah design dengan dia atau ada wartawan nak interview ke.


PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: BISNES

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *