Ibu Bapa Jangan BERTENGKAR Depan Anak-Anak. Akibatnya Ramai Yg MENYESAL !!!

| May 9, 2017 | 1 Comment

Ibu Bapa Jangan BERTENGKAR Depan Anak-Anak. Akibatnya Ramai Yg MENYESAL !!! | Saya pernah tengok satu video klip yang viral di media sosial yang mana menunjukkan seorang ayah tengah belasah isterinya di depan anak sendiri. Si anak bermatian pertahankan emak dia tapi si ayah ni makin rakus tumbuk dan terajang isterinya. Entah berapa la tulang si emak budak tu yang patah hari tu.


Sekadar Gambar Hiasan.

Ni la kenapa saya selalu pesan kat isteri saya, kalau nak bergaduh jangan bergaduh depan anak. Hatta nak bertekak mulut sekalipun jangan sampai di depan anak!

Bila bergaduh depan anak secara tak langsung yang akan efek adalah emosi si comel kita sendiri. Paling dasyat ianya boleh efek sampai la anak kita berumahtangga nanti. Lebih-lebih lagi kalau si ayah sampai dah naik tangan dan kaki kat emak dia sendiri, boleh jadi bila si anak tu akan membesar dengan penuh dendam pada kaum lelaki.

Sebab tu kalau memang tak boleh elak sangat nak bergaduh tu tolong la :

+ Bergaduh di dalam bilik yang tertutup. Biarlah apa yang ada kat dalam bilik tu berakhir hanya di dalam bilik. Jangan bawa emosi dan masalah tu di depan anak-anak

+ Kalau bergaduh jangan pula si suami sampai pukul si isteri. Boleh jadi si anak tu akan membenci seluruh kaum lelaki sampai la ke akhir hayatnya nanti

+ Kalau bergaduh mulut sekalipun jaga la nada suara supaya tak terlalu tinggi. Boleh je guna bahasa kiasan yang tak difahami si anak kan asalkan boleh difahami pasangan.

+ Kalau dah terlanjur bergaduh depan anak-anak tolong la peluk balik si anak tu dan jelaskan yang korang okey je sebenarnya. Cuma silap faham je. Jangan sampai anak kita sendiri rasa terancam dengan perkelahian kita.

Tolong la ajar pasangan masing-masing ilmu ni jadi bila ada salah faham tu boleh la cepat-cepat korang setelkan tanpa membahayakan emosi si anak. Ingat, hati seorang anak sangat la sensitif. Mereka ni ibarat kain putih yang suci dan rapuh dan bila-bila masa boleh robek dan terkoyak hanya kerana perbuatan ibubapa yang tak memahami psikologi si comel mereka sendiri. Kongsikan jika bermanfaat. – DR TAUFIQ RAZIF

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , , ,

Category: PENDIDIKAN ANAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *