Mak Bagi Budak 1 Tahun Makan MADU. Apa Jd Seterusnya Buat Ramai TERDUDUK !!!

| May 24, 2017 | 0 Comments

Mak Bagi Budak 1 Tahun Makan MADU. Apa Jd Seterusnya Buat Ramai TERDUDUK !!! | Saya ada satu kes di hospital seorang bayi umur setahun masuk ICU. Segala-galanya disebabkan oleh madu. Tolong jangan bagi madu kat budak 1 tahun ye!


Sekadar Gambar Hiasan.

Bukan saya cakap madu ni tak elok tapi faktanya 10% madu yang ada atas dunia ni mempunyai spora bakteria Clostridium Botulinum!

Sistem imun kanak-kanak bawah 1 tahun ni tak macam orang dewasa. Sistem imunnya masih belum matang untuk membunuh spora botulinum tu.

Tu je pantangnya. Sebenarnya manfaat madu ni sangatlah awesome kalau korang nak tahu. Memang dalam madu ni ada bermacam kejaiban alam. Madu juga adalah PEMBUNUH BAKTERIA PALING KUAT.

+ Madu adalah SUPERSATURATED SOLUTION. Bila kuman masuk ke dalam madu, air di dalam kuman tersebut akan ditarik keluar secara automatik!

+ Madu juga mempunyai enzyme glucose oxidase yang dirembeskan oleh lebah tu sendiri. Ia menjadikan persekitaran madu tu sendiri tak sesuai untuk didiami oleh bakteria.

+ Mengandungi protein bee defensin – 1 yang dihasilkan oleh kalejar lebah tu sendiri. Protein ni bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk tubuh kita.

Cuma madu ni tak mampu nak bunuh spora Clostridium Botulinum je. Jadi sebaiknya elakkan la bagi madu kat anak kita yang berumur di bawah 1 tahun ye. Sebab toksin yang dihasilkan oleh bakteria ni boleh masuk ke dalam saluran darah anak kita dan menyebabkan seluruh otot anak kita berhenti berfungsi. Lama kelamaan boleh menyebabkan pernafasan anak kita berhenti dan akhirnya berakhir dengan kematian! – DR TAUFIQ RAZIF

p/s : Tolong tag dan sebarkan pada ibubapa dan ahli keluarga yang lain juga ye. Madu ni sangat bagus cuma jangan sekali kali bagi kat baby bawah 1 tahun. Nak tahu lebih lanjut tentang penyakit bahaya ni korang boleh google “Botulism”.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *