Minum Susu Unta Masa Umrah. Balik Malaysia Je Terus Meninggal. Ini Puncanya. Jgn TERKEJUT !!!

| May 14, 2017 | 0 Comments

Minum Susu Unta Masa Umrah. Balik Malaysia Je Terus Meninggal. Ini Puncanya. Jgn TERKEJUT !!! | Ada satu kes sorang pakcik ni pergi minum susu unta masa pergi umrah, balik Malaysia terus meninggal!


Sekadar Gambar Hiasan.

Hasil bedah siasat telah confirm pakcik tu telah kena MERS. Ni la bahaya penyakit Middle East Respiratory Syndrome ( MERS ) yang disebabkan oleh sejenis coronavirus yang dasyat. Isteri saya pernah berhadapan dengan pesakit MERS ni di Unit Kecemasan. Dia terpaksa pakai topeng wajah dan baju khas untuk memeriksa pesakit MERS ni.

Sebab tu la kalau ada saudara mara yang baru balik daripada haji atau umrah dan muncul tanda-tanda ni sila berhati-hati ye :

– Demam
– Batuk
– Selsema
– Sesak nafas
– Cirit birit
– Sakit kepala
– Sakit tekak

Tak semestinya ada semua simptom ni pun kalau dah ada tanda-tanda Upper Respiratory Tract Infections ( URTI ) macam selsema, demam dan sakit tekak pun dah kena berhati-hati dan pergi ke hospital kerajaan dengan secepatnya. Biasanya simptom ni muncul 2 minggu lepas balik daripada haji dan umrah.

Korang pun kalau nak pilih agensi haji dan umrah kena pilih yang betul-betul diyakini. Takde la nanti dia bawa korang pergi makan daging dan minum susu unta masa musim coronavirus tengah menyerang ni sebab memang kebanyakan yang kena penyakit MERS ni ada kontak ( close contact ) dengan UNTA. Lebih dasyat lagi, 3 dari 4 orang (75%) yang kena MERS ni biasanya berakhir dengan kematian!DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Tolong sangat bagitahu kenalan dan ahli keluarga korang tentang penyakit MERS ni. Pesan jugak kat diorang kalau pergi haji atau umrah elakkan dulu minum susu unta atau makan daging unta. Kalau boleh pergi melawat kandang unta pun jangan ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: INFO PENYAKIT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *