Pengantin Ustaz Dan Ustazah Tiba2 Mesej FB Saya. Apa Yg Ditanya Amat MENGEJUTKAN !!!

| May 24, 2017 | 0 Comments

Pengantin Ustaz Dan Ustazah Tiba2 Mesej FB Saya. Apa Yg Ditanya Amat MENGEJUTKAN !!! | Terkejut juga bila sorang pengantin baru ni PM saya. Dia nak mintak nasihat rumahtangga daripada saya. Padahal isterinya berpurdah litup dan dirinya berkopiah! Bagus betul suaminya. Sanggup PM saya walaupun saya ni bukan la yang terbaik untuk jadi penasihat rumahtangga. Cuma saya respect si suami tu sebab dia tahu pentingnya ilmu psikologi untuk uruskan emosi pasangan yang dia cinta.


Sekadar Gambar Hiasan.

Nasihat saya :

PERTAMA : Kena tahu yang wanita ni makhluk emosi. Ada masanya emosinya mengalahkan akal fikiran lebih-lebih lagi kalau tengah Pre-Menstrual Syndrome ( PMS ). Kalau isteri belum datang haid dan dia mengeluh sakit kepala, sakit perut, rasa nak nangis dan rasa rindu semacam tu tolong la jaga-jaga. Masa tu walau sesolehah mana pun isteri akan ada masanya dia akan terbebel atau termasam muka. Suami yang soleh mesti faham hakikat ni! Tu la kenapa dalam Islam isteri dibenarkan bermasam muka masa tengah sakit period! Tu dikira tengah dilanda musibah syari’ah. Masa lain tak boleh la ye. Berdosa tu.

KEDUA : Kena tahu juga wanita ni makhluk auditorik ( dominan pada pancaindera telinga ). Suami yang faham psikologi isterinya yang ni mesti tahu cara nak tackle hati isteri adalah dengan banyak memuji. Bila isteri masak tu jangan la kedekut sangat pujian tu. Tak kena bayar pun puji isteri kan. Ingat senang ke nak masak? Isteri punya la susah-susah cari dan save resepi tu kat group Facebook Masak Apa Hari Ni tau. Hehe!

KETIGA : Kita kalau dengan isteri kena la guna nada suara yang lembut dan romantik. Jangan main bentak je isteri. Hati isteri kan serapuh rapuh jiwa. Kalau boleh tu guna je suara base takpun dalam lingkungan tone suara G4,F4,E4. Sekali kena suara camtu silap haribulan isteri yang dah lama kita nikahi boleh angau balik rindukan suaminya tau.

Apa pun dalam rumahtangga ni keberkatan tu yang kita mintak. Kita jaga hak Allah, insyaAllah Allah sendiri yang akan jaga keluarga kita. Yang pegang hati pasangan bukan kita sebenarnya. Hanya Allah je yang mampu membolak balikkan hati pasangan. Jangan pelik bila isteri dan suami kita boleh jadi makin sayang hanya dengan kita banyakkan meminta tautan cinta tu daripada Pemilik Hati tu sendiri. – DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Tolong tag pasangan masing-masing ye sebab ni ilmu yang paling basic seorang suami ataupun isteri kena tahu. InsyaAllah hubungan korang akan kuat kalau boleh sama-sama memahami seni rumahtangga yang saya ajarkan ni.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: RUMAH TANGGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *