Pernah Diraba Bangla Di Wad. Tindakan Susulan Jururawat Tu Buat Ramai TERKEJUT !!!

| May 14, 2017 | 0 Comments

Pernah Diraba Bangla Di Wad. Tindakan Susulan Jururawat Tu Buat Ramai TERKEJUT !!! | Kisah-kisah di bawah ini merupakan pengalaman saya sendiri bekerja sebagai doktor di sebuah hospital selama beberapa tahun. Hormatilah jururawat kita di Malaysia ni ye.


Sekadar Gambar Hiasan.

1. Saya pernah bersama jururawat senior yang rela hati merawat dan membersihkan kaki seorang pakcik tua yang penuh dengan ulat ( maggot ). Jururawat tu membersihkan tanpa mengeluh walaupun saya tahu dia tengah menahan geli yang teramat sedangkan anak pakcik tua tu hanya berdiri tanpa rasa bersalah kerana sanggup membiarkan kaki ayahnya berulat tanpa dicuci.

2. Saya pernah melihat seorang jururawat lelaki sanggup menahan lapar seharian hanya kerana dia berikan makanannya sendiri kepada seorang pesakit tua yang terlepas makanan tengah hari yang hospital sediakan.

3. Saya pernah juga melihat sendiri setiap pagi dan petang jururawat akan bersihkan najis dan kotoran setiap pesakit yang ada tanpa mengeluh walaupun pesakit tu bukan mak bapak dan ahli keluarga diorang. Tu belum dikira kesanggupan diorang menahan geli dan bau busuk bila terpaksa membersihkan luka yang bernanah dan membusuk padahal luka yang bercampur dengan nanah dan daging mati ni kadangkala tu mengalahkan bau bangkai.

4. Saya juga pernah melihat jururawat yang sanggup menahan emosi kesedihan bila pesakit yang dia sayang meninggal di depan matanya sendiri. Kadangkala tu pesakit yang ada kat dalam ward tu bukan jenis yang duduk sehari dua malah ada yang sampai berbulan bulan. Perasaan sayang seperti keluarga sendiri tu boleh timbul bila tiap hari kita rawat mereka tanpa jemu. Bayangkan orang yang kita dah mula sayang akhirnya meninggal di depan mata kita sendiri.

5. Saya pernah berhadapan dengan seorang pesakit warga Bangladesh yang patah kedua tulang peha ( femur ) akibat kemalangan. Jahatnya pesakit ni, dalam keadaan peha dah patah riuk dan belum dioperasi camtu pun dia sempat lagi pergi raba jururawat yang tengah periksa dia. Saya tahu jururawat tu mesti taknak lapor sebab dia taknak susahkan pesakitnya yang tengah kesakitan. Ya Tuhan! Hebatnya kebaikan hati jururawat tu yang rela mengorbankan rasa amarah di hati hanya kerana taknak menyusahkan pesakit yang tengah berperang antara hidup dan mati!

Apa pun, anda semua memang hebat. Happy Nurses Day korang semua! Tolong tag semua jururawat yang korang kenal ye tanda penghargaan kita kepada mereka semua. – DR TAUFIQ RAZIF

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , ,

Category: KISAH HOSPITAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *