Anak Tiba-Tiba Jadi HISTERIA Ketika Nak Makan Ubat ? Cuba TEKNIK Ni. Sgt BERKESAN !!!

| June 7, 2017 | 0 Comments

Anak Tiba-Tiba Jadi HISTERIA Ketika Nak Makan Ubat ? Cuba TEKNIK Ni. Sgt BERKESAN !!! | Ada kanak-kanak yang meraung macam kena histeria bila sampai masa nak makan ubat. Ada juga yang sanggup menyorok atas siling rumah semata-mata nak menyembunyikan diri bila dengar je emak panggil nak suap antibiotik.


Sekadar Gambar Hiasan.

Padahal ibu bapa kena tahu ilmu tentang antibiotik ni. Antibiotik yang doktor bagi memang kena habiskan dan kena diberi sesuai dengan jadual yang doktor tetapkan. Salah cara pemberian dan ubat yang tak dihabiskan boleh membuatkan bakteria di dalam badan anak kita jadi bakteria yang kebal antibiotik tau.

Nak taknak ibu bapa kena pandai bermain dengan psikologi anak masing-masing untuk pujuk mereka makan ubat. Antara cara terbaik untuk pujuk anak makan ubat adalah :

1. DAPATKAN PANDANGAN DOKTOR

Kita boleh berbincang dengan doktor sebenarnya untuk berikan ubat yang sesuai dengan selera anak kita. Mungkin ada anak yang sukakan ubat sirap berbanding pil. Ada anak yang sukakan perisa tertentu. Ada juga ubat yang sepatutnya diberikan 4 kali sehari tapi boleh ditukar menjadi 2 kali sehari je.

2. LETAKKAN UBAT DI DALAM MAKANAN

Ada ubat tertentu yang mana boleh dihancurkan dan dicampurkan pada makanan kesukaan anak kita. Cuma kita kena pastikan makanan tu dihabiskan je la supaya anak kita dapat dos yang dah ditetapkan oleh doktor. Cuma pastikan kita tanya doktor masing-masing dulu sebab ada ubat yang jadi tak berkesan bila kita guna teknik ni.

3. IBU BAPA JANGAN MEMAKSA

Bila nak bagi ubat jangan la buat mimik muka memaksa. Kadang-kadang ibu bapa kena jual mahal sikit macam kita jual mahal kalau anak minta dibelikan gula-gula kan. Cuba masa suap ubat tu cakap camni ” Ubat ni ibu kasi satu sudu je tau. Lepas ni jangan mintak lagi ye kecuali adik dah mandi petang nanti “.

4. BAGI HADIAH

Hadiah pada anak tak perlu mahal-mahal pun. Boleh je bagi hadiah berbentuk verbal seperti pujian dan kata-kata motivasi. Boleh juga bagi hadiah berbentuk visual macam pelekat Upin Ipin dan Didi & Friends setiap kali si comel boleh habiskan ubatnya.

5. AJAR ANAK UNTUK TELAN PIL

Kadang-kadang anak boleh termuntah-muntah bila kita bagi pil sebab mereka tak diajar untuk telan ubat berbentuk pil. Bukan mereka tak mahu makan tapi mereka tak dibiasakan untuk menelan pil. Boleh cuba latih anak kita dengan menelan pil vitamin C yang kita pecahkan kepada kepingan kecil dulu sebelum berikan mereka ubat dalam bentuk pil.

Kalau kita boleh amalkan teknik saya bagi ni semua insyaAllah si comel anda akan makan ubat tanpa dipaksa. Mereka bukan taknak makan sebenarnya cuma mungkin kita yang tak pandai nak bermain dengan psikologi mereka. – DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Jangan segan-segan untuk tanya doktor masing-masing tentang pilihan dos yang boleh diberikan pada anak kita. Pada anak yang memang susah sangat nak makan ubat saya sarankan ambil ubat yang paling sedikit pemberiannya perhari. Apa pun tanya doktor anda sendiri ye. Jangan lupa kongsikan pada ibu bapa yang lain juga tentang cara terbaik untuk pujuk anak makan ubat ni ye. Mana la tahu ada yang betul-betul perlukan ilmu ni untuk anak mereka.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , , , ,

Category: PENDIDIKAN ANAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *