Ibu Wajib Baca. Doktor Kongsikan 6 BAHAYA Yg Boleh Jadi Kat Bayi Anda Waktu Raya Nanti !!!

| June 20, 2017 | 0 Comments

Ibu Wajib Baca. Doktor Kongsikan 6 BAHAYA Yg Boleh Jadi Kat Bayi Anda Waktu Raya Nanti !!! | Kalau nak gi melawat baby yang baru lahir masa raya nanti ada beberapa benda kita tak boleh buat tau.


Sekadar Gambar Hiasan.

1. Jangan sesuka hati cium bayi orang

Lebih-lebih lagi kalau tak mintak izin parent baby tu. Main angkat dan cium je. Baby ni cuma ada sistem imun yang sangat basic. Banyak kuman pada orang dewasa yang sangat mengancam nyawa si baby tu.

2. Jika merokok, jangan dekati bayi

Kalau merasa diri tu perokok, jangan sesekali duduk dekat dengan baby tu. Mungkin korang merokok 2 atau 3 jam yang lalu tapi partikel nicotine dan bahan kimia dalam asap rokok tu masih ada kat pakaian, rambut dan kulit korang. Partikel toksik tu dinamakan third hand smoke dan boleh jadi penyebab kanser tau.

3. Tidak pegang cawan panas, sewaktu dukung bayi

Jangan dukung baby orang sambil pegang cawan air panas. Tak boleh bayangkan kalau tiba-tiba cawan tu tertumpah atas anak orang!

4. Jangan terlalu ‘push’ ibu

Jangan terlalu banyak bagi tips itu dan ini kat ibu muda tu. Ibu yang baru pertama kali melahirkan anak cuma perlukan sokongan daripada orang sekeliling je.

5. Jangan ganggu bayi tidur

Jangan kita pergi kejutkan baby yang tengah tidur tu. Kononnya nak tengok mata baby sama macam mak ayah dia la. Nak tengok baby senyum sebijik atuk atau nenek dia la. Jangan! Kita tak tahu dah berapa lama masa si ibu tu nak tidurkan anaknya. Jangan sampai ibunya yang tengah berpantang tu stress gara-gara kita ye. Ingat, stress boleh memicu penyakit meroyan ( postpartum depression ).

6. Jangan kritik bayi orang

” Eh. Ni anak kau ye Joyah? Kenapa muka tak sama pun? “

Ni sebenarnya ayat paling meremukkan hati seorang ibu yang baru lepas bersalin. Bayangkan 9 bulan si bayi tu dalam perut dia ditambah dengan muntah teruk di awal kehamilan ( hyperemesis gravidarum ) dan risiko mati ketika melahirkan tup tup bila dah selamat bersalin boleh pulak orang yang datang melawat kritik anak si ibu tu takde iras langsung! Agak-agak kita hancur tak hati seorang ibu bila kita cakap camtu?

Perkara yang saya sebutkan kat atas banyak dilakukan oleh kita tanpa kita sedari sebenarnya. Sebab tu pentingnya kita saling ingat mengingati tentang ilmu nak bertandang ke rumah keluarga yang ada baby baru lahir ni. – DR TAUFIQ RAZIF

P/S : Semoga ilmu yang saya kongsi ni bermanfaat untuk kesihatan baby kita semua ye dan jangan lupa ingatkan pada yang lain juga ye.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *