Kes Arwah Zulfarhan. Sebenarnya Ramai Ibu Bapa DERA Anak Tanpa Sedar. Ini PUNCANYA !!!

| June 20, 2017 | 0 Comments

Kes Arwah Zulfarhan. Sebenarnya Ramai Ibu Bapa DERA Anak Tanpa Sedar. Ini PUNCANYA !!! | Terkilan jugak bila kes dera arwah Zulfarhan kita punya la melenting marah tapi kita lupa yang si comel kita sendiri pun kita dera tanpa kita sedar.


Sekadar Gambar Hiasan.

Perasan tak kadang kala tu anak kita merengek dan merajuk masa kita pegang handphone? Mungkin kita sebenarnya sedang mendera si comel kita. Modus operandi penderaan emosi ni dinamakan Ignorance & Expressionlessness.

Ayah, cuba tengok baju ni – kita main handphone
Ummi, nak naik kereta boleh? – kita sibuk berFacebook
Papa, jom jalan-jalan – kita sibuk update Instagram
Ibu, adik sayang ibu – kita buat diam takde perasaan!

Ni la penderaan yang mungkin sebenarnya berlaku tiap hari dalam rumah kita sendiri. Jangan terkejut kalau anak kita membesar suatu hari nanti menjadi orang yang egois, tak bertimbangrasa, lemah kawalan emosi dan suka menyendiri hanya kerana kita tak tahu bahawa kita sedang mendera emosi si dia setiap hari tanpa kita sedari. Sila kongsikan. – DR TAUFIQ RAZIF

p/s : Ada masa kita kena jauhi gajet, tenung dalam-dalam mata si anak dan peluk si comel dengan penuh rasa cinta. Itulah terapi jiwa terhebat buat si dia. Tolong ingatkan pasangan masing-masing ye demi masa depan si comel kita.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: ISU SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *