Paling NGERI Bagi Doktor Bukanlah Tulang Terkeluar Atau Kaki Hancur. Tetapi Adalah…..

| June 8, 2017 | 0 Comments

Paling NGERI Bagi Doktor Bukanlah Tulang Terkeluar Atau Kaki Hancur. Tetapi Adalah….. | Pengalaman saya sendiri yang paling mengerikan kat hospital bukan pengalaman tengok jari jemari yang putus ataupun pengalaman tengok tulang terjulur keluar daripada kaki pesakit akibat digilis lori.


Sekadar Gambar Hiasan.

Pengalaman yang paling ngeri adalah bila tengok pesakit yang di ambang maut! Bayangkanlah bila pesakit tu tengah nazak, kebanyakan ahli keluarga cuma terdiam kelu sambil menatap petugas kesihatan duk buat Cardio Pulmonary Resuscitation ( CPR ). Ada juga yang terlolong menangis macam orang kerasukan bila doktor bagitahu peluang untuk pesakit tu hidup adalah sangat nipis.

Sepatutnya bila berhadapan dengan keluarga yang sakit, kita kena la banyakkan baca surah Yasin. Biar Tuhan mudahkan urusan pesakit tu berhadapan dengan kesakitannya. Dah nampak semua doktor kalut bergegas tekan-tekan dada tu maknanya keluarga korang tengah nazak la tu.

Tak salah pun korang mintak izin dekat doktor tu untuk ajar keluarga korang mengucap. InsyaAllah doktor tu akan bagi peluang untuk korang ajar keluarga korang yang tengah nazak tu mengucap. Cuma pastikan korang tak ganggu kerja menyelamat diorang dah la. Cuma biasanya kadang-kadang tu doktor terpaksa tutup tirai katil masa tengah CPR sebab ada sesetengah keluarga tak tahan tengok prosedur tu. Memang nampak amat menyakitkan!

Bila doktor dah umumkan kematian keluarga tu sebaiknya tahan emosi tu. Saya pernah tengok ada keluarga pesakit yang melolong dan menjerit sampai satu hospital boleh dengar. Biasanya yang tak boleh tahan emosi ni adalah para ibu dan wanita la. Jadi yang mana boleh kontrol emosi tu tolong la tenangkan keluarga yang tengah dilanda ribut emosi tu. Kalau boleh, bawa dia ke tempat yang jauh daripada pesakit lain supaya pesakit lain tak terganggu.

Apa pun, ini lah putaran kehidupan. Sampai masanya orang yang kita sayang pun akan meninggalkan kita satu demi satu dan akhirnya kita sendiri pun akan meninggalkan orang yang menyayangi kita. Bagi yang kehilangan dan kematian keluarga, jangan terlalu lama dalam kesedihan. Kematian hanyalah perpindahan alam. Kita semua pasti akan bersatu kembali di alam barzakh nanti. Cuma yang menjadi persoalan, adakah kita akan bersatu di syurga ataupun neraka?

Jom sama-sama kita renungkan. – DR TAUFIQ RAZIF

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KISAH HOSPITAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *